Sabtu, 27 Oktober 2012

PANDUAN LENGKAP HAJI DAN UMRAH [BHG8]


Telaga Zamzam



Di antara nama bagi Zamzam ialah sebagaimana berikut:

Zummizmu Hazmatu Jibril Siidah Zammamu
Barakah Suqya Ismail Madnunah Syia'ah
Mubarakah Ghuslu Qalbi Muhammad Safiah Maktumah
Kaafiah Ta'aamu Tu'mu Barratu Asy-Syuba'atu
Aafiah Syifau Suqmi Marwiyyah Syuba'atul Iyal
Mughazziah Syarabul Abrar Aunah Tuktamu
Tahirah Qaryatul Naml Busyra Hazmatu Ismail
Hurmah Nuqratul Ghurabil A'sam Ismah Hazmatul Bi'ri
Mu'nah La Tutrifu wala Tuzammu Tayyibah Abyar
Nafi'ah Hafirah Abdul Muttalib Hirfah Hazmatu Jibril
Haji Wida' - Madinah

Sabtu 26-11-10 H 22-2-632 M


1. Rasulullah s.a.w. tinggal diMadinah selama sepuluh tahun. Baginda s.a.w. berkorban setiap tahun tetapi belum lagi mengerjakan Haji sehingga pada bulan Zulkaedah tahun kesepuluh Hijrah, Baginda s.a.w. telah membuat keputusan untuk keluar mengerjakan Haji. Setelah Baginda s.a.w. memberitahu hasrat tersebut kepada orang ramai berita tersebut heboh disekitar Kota Madinah kerana masing-masing berkeinginan untuk mengerjakan ibadat Haji bersama Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berusaha sedaya upaya untuk bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. sama ada secara menunggang binatang tunggangan atau berjalan kaki. Keadaan ini menyebabkan Kota Madinah dipenuhi dengan orang ramai. Bilangan mereka yang berkumpul menemui Baginda s.a.w. dalam perjalanan tidak terhitung ramainya. Mereka berkumpul disebelah hadapan, belakang, kiri dan kanan Baginda s.a.w. sehingga sayup mata memandang kerana jumlah mereka yang begitu ramai. Mereka ingin mengikuti Rasulullah s.a.w. dan melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda s.a.w.

2.  Ketika Baginda s.a.w. ingin keluar untuk mengerjakan ibadat Haji, Baginda s.a.w. telah melantik Abu Dujanah Sammak bin Khursyah as-Sa'idiy sebagai pemimpin di Madinah dan ada juga yang berkata Baginda s.a.w. melantik Subak bin Urfutah.

3.  Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Zuhur di Madinah sebanyak empat rakaat, Baginda s.a.w. berkhutbah kepada orang ramai dan mengajar mereka tentang ibadat Haji yang akan mereka kerjakan (khutbah).

4.Setelah itu Baginda s.a.w. meminta supaya mengambil untanya lalu Baginda s.a.w. mengguriskan tanda dibahagian bonggol sebelah kanan unta tersebut lalu mengalir darah darinya. Seterusnya Baginda s.a.w. menyarungkan kalung tanda keleher unta tersebut. Baginda s.a.w. menyerahkan kepada orang lain urusan menanda dan menyarung kalung unta-unta yang lain. Sebaik sahaja selesai meletakkan tanda, Baginda s.a.w. menyerahkan untanya sebagai Dam kepada Najiah Ibnu Jundab al-Aslami.

5.  Rasulullah s.a.w mandi sunat Ihram, memakai wangi-wangian lantas memakai dua pakaian ihram kemudian menyebut: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, jadikanlah dia Haji yang diterima, tanpa ada perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk."

6.  Rasulullah s.a.w keluar dari Kota Madinah pada waktu tengahari iaitu selepas Zuhur pada hari Sabtu, melalui jalan-jalan yang berpokok, lima hari sebelum genap bulan Zulkaedah. Ketika keluar dari Kota Madinah, Baginda s.a.w. mendirikan sembahyang di Masjidnya

Haji Wida' > Zul Hulaifah

Sabtu 26-11-10 H 22-2-632 M


1.  Jarak di antara Zul Hulaifah dengan Kota Madinah adalah sejauh tiga batu dan ia terletak di Wadi Atik. Baginda berjalan ke Zul Hulaifah, sebaik sahaja tiba di sana pada waktu asar, Rasulullah s.a.w  mendirikan sembahyang Asar secara qasar.

2. Rasulullah s.a.w turun ke Samurah yang terletak didalam kawasan masjid di Zul Hulaifah tetapi tidak pula ke Rausah yang berada dikanan jalan.

3.   Seterusnya Rasulullah s.a.w  mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak kemudian Rasulullah s.a.w  berjumpa isteri-isterinya pada malam tersebut secara bergilir-gilir, selepas itu Rasulullah s.a.w  mandi dan disapu wangi-wangian oleh Saidatina Aisyah r.a. Setelah itu Rasulullah s.a.w  bermalam di Zul Hulaifah.

4.   Setelah mendirikan sembahyang Subuh Rasulullah s.a.w memberitahu para
sahabatnya dengan bersabda: "Semalam aku telah dikunjungi sesuatu daripada Tuhanku (mengikut riwayat yang lain Jibril) lalu berkata: Dirikan sembahyang dilembah ini dan sebutkanlah Umrah didalam hati."

5.  Perintah supaya mendirikan sembahyang di lembah Aqiq merupakan perintah supaya tetap berada di Zul Hulaifah sehingga selesai sembahyang Zuhur, setelah itu bolehlah memakai pakaian Ihram.

Asma' melahirkan anak:
Sebaik sahaja kenderaan tunggangan tiba di Zul Hulaifah, Asma' binti Umais, isteri Abu Bakar as-Siddiq telah melahirkan seorang anak bernama Muhammmad bin Abu Bakar. Asma' dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w lalu bertanya: "Apakah yang perlu aku lakukan?" Rasulullah s.a.w : "Mandilah dan pakailah pakaian kemudian niatlah untuk mengerjakan ibadat Haji."

Pengajaran Yang Boleh Diambil:

Kekuatan Iman dan kecekalan wanita Islam. Kalau tidak kerana kekuatan iman dan kecekalannya, sudah tentu beliau tidak bermusafir dari Madinah untuk mengerjakan ibadat Haji memandangkan dia berada dalam keadaan hampir bersalin.

Zul Hulaifah - Ihram:

Ahad 27-11-10 H 23-2-632 M
1. Setelah selesai mendirikan sembahyang Zuhur, (Rasulullah s.a.w mula untuk berihram. Rasulullah s.a.w memulakan dengan mandi kali kedua bukannya manda yang telah Rasulullah s.a.w lakukan pada hari sebelum hari tersebut. Rasulullah s.a.w membasuh kepala dengan menggunakan dua jenis tumbuhan yang biasa digunakan untuk membasuh kepala iaitu khitmi (sejenis tumbuhan berbunga) dan Usynan iaitu Potash (ia biasa digunakan untuk membuat sabun). Setelah selesai mandi Rasulullah s.a.w  menyapu kepala dengan sedikit minya kemudian meratakannya dengan menggunakan kedua-dua tangan. Setelah itu Saidatina Aisyah r.a menyapu tubuh dan kepala baginda dengan wangian kasturi sehingga kesan kasturi kelihatan pada sendi-sendi baginda.
2. (Rasulullah s.a.w ditanya oleh seorang lelaki: "Apakah pakaian yang boleh dipakai oleh orang yang berihram?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Kamu tidak boleh memakai baju, serban, seluar,jubah yang mempunyai penutup kepala dan khuf (berbentuk stokin tetapi diperbuat dari kulit) kecuali selipar yang tiada penutup hadapan dan belakang."

Berniat Ihram:

1. Rasulullah s.a.w memasuki masjid Zul Hulaifah lalu mendirikan sembahyang empat rakaat kemudian berniat Ihram Haji di dalam masjid tersebut sehingga dapat didengari oleh sahabat yang berada di dalamnya lalu mereka berkata: "Baginda s.a.w. bertalbiah untuk Ihram Haji dari masjid dan ketika menunggang tunggangan." Manakala sahabat yang berada di tepi masjid pula berkata: "Baginda s.a.w. bertalbiah Ihram Haji ketika tunggangan bersedia untuk bertolak." Ketika berada di Baida' juga baginda s.a.w. bertalbiah Ihram Haji dan didengari oleh sahabat yang berada di Baida', lalu mereka berkata: "Baginda s.a.w. bertalbiah Ihram Haji dari Baida'. Semua kata-kata mereka adalah betul.
2. Nabi Muhammad s.a.w berlafaz niat Ihram Haji dan Umrah satu kali, berlafaz niat Ihram Umrah satu kali dan berlafaz niat Ihram Haji sahaja satu kali kerana Umrah adalah sebahagian daripadanya. Oleh sebab yang demikianlah ada yang mengatakan Baginda sa.w. mengerjakan Haji Qiran, ada yang mengataka Baginda s.a.w. mengerjakan Haji Tamattu' dan ada juga yang mengatakan Baginda sa.w. mengerjakan Haji Ifrad. Manakala pendapat yang betul ialah pada mulanya Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadat Haji secara Ifrad. Setelah itu berihram Umrah dan memasukkannya ke dalam ibadat Haji maka jadilah: Haji Qiran.
3. Sesiapa yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadat Haji secara Ifrad maka itulah yang asalnya. Manakala sesiapa yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadat Haji secara Qiran adalah berdasarkan kepada pekerjaan terakhir Rasulullah s.a.w dan sesiapa yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadat Haji secara Tamattu' ialah kerana mengambil maksud Tamattu' dari sudut bahasa yang bererti beruntung dan mendapat faedah.
Talbiah:

1. Rasulullah s.a.w bertalbiah dengan menyebut: Yang bermaksud: (Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu) dengan kuat hingga para sahabat mendengarnya menyebabkan mereka turut serta bertalbiah.
2.  Rasulullah s.a.w juga bertalbiah dengan menyebut: Yang bermaksud: (Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi keinginanMu. Kebaikan terletak pada kekuasaanMu, telah aku penuhi seruanMu, musafir keranaMu dan beramal keranaMu).
3. Talbiah Rasulullah s.a.w ialah: Yang bermaksud: Telah aku penuhi seruanMu dengan mengerjakan ibadat Haji dan kepadaMulah kami memperhambakan diri.
4. Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut di dalam Talbiah baginda s.a.w.: Yang bermaksud: Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, Tuhan yang sebenar-benarnya, telah aku penuhi seruanMu.
5. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w berhenti dari bertalbiah, Rasulullah s.a.w terus memohon keampunan, keredhaan kepada Allah s.w.t. serta memohon agar diselamatkan dari api Neraka.
6. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Aku telah didatangi Jibril a.s. lalu meminta supaya aku memerintahkan para sahabat menyaringkan suara mereka ketika bertalbiah." Jiibril a.s. juga berkata: "Wahai Muhammad (s.a.w.), banyakkanlah bertalbiah dan berkorban."
7. Di dalam riwayat yang lain: Jibril datang berjumpa aku lalu berkata: "Wahai Muhammad (s.a.w.) Suruhlah sahabat-sahabat kamu supaya menyaringkan suara mereka dengan talbiah kerana sesungguhnya talbiah adalah syair iaitu lambang ibadat Haji."
Haji Wida' > Rauha'

Isnin 28-11-10 H 24-2-632 M


1.  Jarak di antara Rauha' dengan Zul Hulaifah adalah sejauh kira-kira 50 km. Oleh itu ketika Rasulullah s.a.w keluar dari Kota Madinah selepas Zuhur pada hari Sabtu, sudah tentu baginda s.a.w. bermalam pada malam hari Isnin di pertengahan jalan di antara Zul Hulaifah dan pinggir Rauha'. Setelah subuh barulah Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan sambil bertalbiah.

2. Sebaik sahaja tiba di Rauha' Rasulullah s.a.w terlihat kaldai liar yang telah disembelih lalu Rasulullah s.a.w berkata kepada para sahabat: "Biarkan dia, kemungkinan tuannya akan datang." Setelah beberapa ketika tuannya yang berasal dari Kabilah Bahzin datang berjumpa Rasulullah s.a.w lalu berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w, terpulanglah kepadamu untuk menguruskan kaldai ini." Rasulullah s.a.w memerintahkan Abu Bakar supaya membahagikannya kepada para sahabat.

3. Rasulullah s.a.w pernah mendirikan sembahyang dimasjid kecil yang terletak ditepi jalan sebelah kanan semasa anda pergi keMekah iaitu sebelum masjid besar yang terdapat di Rauha'.

Haji Wida' > Uthayah

Selasa 29-11-10 H 25-2-632 M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan