Sabtu, 27 Oktober 2012

PANDUAN LENGKAP HAJI DAN UMRAH [BHG7]


Nama-nama Mekah



Tidak diketahui negeri lain yang mempunyai banyak nama selain dari Mekah dan Madinah, ini disebabkan kedua-duanya merupakan tempat yang paling mulia. Di antara nama-nama bagi negeri Mekah Mukarramah ialah:-




Balad: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini, sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas).

Baladul Amin:  Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Serta negeri (Mekah) yang aman ini."
Khuzaimah bin Thabit bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai ayat tersebut lalu Baginda s.a.w. menjawab: "Mekah."
Baldah:  Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "(Katakanlah wahai Muhammad) Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Mekah) ini."
Bakkah:  Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (untuk beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia."

Mekah:  Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Di kawasan Mekah, sesudah Dia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka."
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Bakkah adalah tempat terletaknya Baitullah, Mekah dan kawasan persekitarannya.
Qaryah:  Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberi satu contoh sebuah negeri."

   Mujahid berkata: Maksudnya ialah Mekah.

Masjidilharam:  Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjidilaqsa (di Palestine)".
Ma'aad:  Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai."

Ummul Qura:  Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya."

Makhraja Sidqin:  Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku."

Bassah:  Kerana ia membinasakan golongan ateis yang terdapat di dalamnya iaitu menghancurkan dan memusnahkannya.
Basaq:  Iaitu si polan itu lebih tinggi daripada sahabat-sahabatnya. Mekah merupakan negeri yang berkedudukan paling tinggi kerana ia membinasakan golongan ateis.
Nama-nama tambahan:  Barrah - Ar-Raks - Ar-Ritaj - Sabuhah - Salam - Salah - Tibah - Al-Azra' - Al-Arsyu - Al-Arisy - Al-Arudh - Faran - Al-Muqaddasah - Al-Qadis - Qarbatul Hima - Qarbatul Naml - Tukratul Ghurab - Kutha - Al-Makkatan - Nadir - Al-Wadi - Ummu Rahim - Ummu Ruhm - Ummu Ar-Ruhm - Ummul Rahamat - Ummu Rauh - Ummu Zuhm - Ummu Sabih - Ummu Kutha.
An-Nasah-An-Nasyah:  Kerana ia mengeluarkan zionis yang berada di dalamnya, iaitu mengusirnya.
An-Nassasah:  Kerana airnya berkurangan disebabkan terkeluar iaitu kekeringan.
MASJIDILHARAM


Masjidilharam mempunyai banyak nama, di antaranya ialah:

Baitulharam: Firman Allah s.w.t:
ِYang bermaksud: "Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup)."
Kaabah: Dinamakan dengan nama Kaabah: Kerana bentuknya adalah empat persegi, setiap binaan yang tinggi dan berbentuk empat persegi dinamakan Kaabah.
Masjidilharam: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya."
ُ
Baitul Atiq:  Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
   Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t  namakan Masjidil haram dengan Baitul-Atiq kerana Dia telah membebaskannya daripada golongan penceroboh yang degil lagi zalim, golongan ini tidak dapat memasukinya." Dikatakan juga kerana binaannya yang lama dimana ia merupakan rumah pertama yang dibina untuk manusia.
Baniyyah:
Di dalam hadis Barra' daripada Ma'rur: Aku berazam tidak akan menjadikan Baniyyah berada di belakangku. (Baniyyah bermaksud Kaabah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan