Isnin, 19 November 2012

bagaimana sifat ketabahan boleh dipupuk

  Bercakap tentang ketabahan itu memanglah semuanya baik dan bagus.Tetapi bagaimanakah seseorang itu boleh memupuk sifat ketabahan? Bagaimanakah pula ada orang yang tabah menghadapi segala kemungkinan, manakala yang lain pula mudah benar megaku kalah apabila mengalami sehalus kerumitan.

    Apabila kita jatuh tersungkur dan tiada seorang pun daripada kawan-kawan kita yang boleh ditemui.apabila kita tiada tempat mengadu, siapakah yang boleh membantu kita? Saya tidak mahu berceloteh panjang mengenai aspek kerohanian,tetapi saya ingin menyentuh tentang bahagian diri kita yang boleh membantu kita apabila kita gagal - iaitu MINDA kita.

     Ya, minda kitalah satu-satunya benda yang mampu mengheret kita keluar daripada lembah kekecewaan. Bukan sahabat kita, bukan ibu bapa kita dan bukan juga pasangan kita. Mereka semua hanya boleh memberi galakan tetapi hanya minda kita sahaja yang mampu membantu kita di waktu sedemikian. Melainkan minda kita "melihat" keputusan berjaya di penghujung jalan, kita akan semangat untuk terus bertahan ( bayangan keputusan berjaya di penghujung jalan "mengheret" diri kita, tanpanya kita cenderung mengaku kalah). Kebanyakkan orang apabila gagal putus harapan, bukan sahaja dari segi kebendaan tetapi juga dari segi kejiwaan. Dan disinilah terletak bahayanya.

   Seperti kata sebuah madah lama :

    "Berpeganglah pada impianmu (wawasanmu),Kerana kalau impianmu (wawasanmu) lenyap,Engkau umpama burung cedera yang tidak bersayap."

       Walau apa pun yang berlaku, janganlah membiarkan "wawasan kejayaan" anda terjejas sedikit pun oleh apa yang terjadi di dunia nyata..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan