Sabtu, 24 November 2012

demam reumatik

Demam reumatik adalah demam yang berpunca daripada jangkitan tekak. Penyakit ini jarang ditemui pada bayi kerana kuman di tekak dapat dihapuskan dengan antibiotik. Walau bagaimanapun, adakalanya odktor menemui anak yang menghidap demam reumatik kerana rawatan diabaikan. Demam reumatik berbahaya kerana jangkitan boleh merebak ke jantung dan merosakkan injap-injap jantung sekiranya tidak dirawat dengan cepat. Semua pesakit demam ini berumur di bawah 3 tahun keatas.

Tanda-tanda
. Demam yang berpanjangan
. Sakit-sakit sendi
. Ruam.
. Bonjol-bonjol kecil di belakang badan, siku dan kaki.
. Denyutan jantung yang cepat
. Sesak nafas


Rujuk kepada doktor
Semua kes demam reumatik mesti dimasukkan ke hospital untuk rawatan antibiotik dan pemeriksaan jantung.

Komen : Semua kes demam reumatik mesti diberi ubat " penicilin ' selama beberapa tahun sebagaimana yang disyorkan oleh doktor. Ini ialah untuk mengelakkan jangkitan ulangan yang boleh merosakkan lagi injap jantung.
              Sakit jantung reumatik merupakan ekoran daripada demam reumatik. Kuman yangmula-mula menyebabkan demam reumatik ialah kuman ' streptococcus ' yang menyebabkan sakit tekak. Jika tidak dirawat dengan sempurna, reaksi imunologi pada anak akan memulakan penyakit demam reumatik.

hidung berdarah

Keadaan ini sering berlaku kepada kanak-kanak prasekolah dan yang sudah bersekolah. Ia terjadi akibat saluran darah di dalam hidung peach. Kanak-kanak yang menghembus hidungnya dengan kuat, mencungkil hidungnya atau terhantuk pada sesuatu objek akan mengalami masalah ini. Selalunya hidung berdarah akan berhenti dalam tempoh 5-10 minit tanpa rawatan.

Tanda-tanda
. Darah mengalir keluar dari hidung.
. Darah keluar dari tekak atau muntah.

Tindakan Ibu Bapa
. Tenangkan anak, bongkokkan kepalanya ke hadapan.
. Picit hidung anak selama 10  init sambil menyuruhnya bernafas melalui mulut. Tekan hidung yang terlobat  dengan jari beberapa minit sehingga pendarahan berhenti.
. Letakkan kain sejuk di muka anak
. Suruh anak ludahkan darah yang masuk ke tekaknya.
. Cegah anak mencungkil hidungnya dalam masa beberapa jam selepas pendarahan.


Rujukan kepada doktor perlu apabila :
. Pendarahan berterusan selepas 30 minit.
. Pendarahan yang sering berulang.
. Lebam-lebam biru kelihatan pada kulit. Ini bermakna anak mempunyai masalah pembekuan darah ( hemofilia )

Komen  :  Jangan dongakkan kepala anak keatas semasa hidungnya berdarah kerana akan mengalir masuk ke saluran pernafasan.

Isnin, 19 November 2012

batuk ( kanak-kanak )

Kanak-kanak sering sekali batuk.Ini adalah cara mereka membersihkan kerongkong dan saluran pernafasan. Batuk dapat mengeluarkan kahak yang kental daripada saluran pernafasan.Ramai kanak-kanak batuk apabila mereka menghidap selsema kerana hungus daripada hidung akan mengalir ke keringkong dan seterusnya mengakibatkan batuk.Batuk begini tidak membahayakan .



Tanda-tanda
Batuk merupakan satu tanda bagi penyakit lain seperti 'bronkiolitis', 'asma/lelah', 'krup', 'pneumonia' dan batuk kokol.Penyakit  tuberkulosis (tibi) atau batuk kering jiga akan membuatkan pesakit batuk berbulan-bulan lamanya.Selalunya penyakit yang disebut tadi mempunyai ciri-ciri lain.

Tindakan ibu bapa
: Beri anak minum secukupnya
: Galakkan anak mengeluarkan kahak setiap kali ia batuk.
: Ajar anak menghembuskan hingusnya sendiri.
: Rawatan selanjutnya bergantung kepada punca batuk.

Rujukan kepada doktor perlu apabila
: Usia anak kurang daripada 6 bulan kerana jangkitan paru-paru seperti bronkiolitis sering melibatkan anak dalam lingkungan usia ini.
: Demam.
: Kadar pernafasan semakin cepat ( lebih daripada 40 seminit pada bayi dan lebih 30 pada anak yang besar)
: Batuk yang mengakibatkan pernafasan terhenti dan muka anak menjadi biru
: Kurang selera atau daya untuk menyusu
: Batuk berterusan lebih daripada 7 hari
: Batuk mengganggu tidur.
: batuk mengakibatkan muntah setiap kali anak makan atau minum.
: anak tertelan benda asing kecil.

Komen : Ubat batuk yang mengandungi codeine tidak sesuai untuk anak.Ubat batuk jarang diberi diberi kepada anak yang batuk beberapa hari sahaja.

berani gagal


" Ujian seseorang itu adalah perjuangan yang ia perjuangi,
Ketabahan yang ditunjukkannya saban hari;
Bagaimana ia berdiri teguh dan menahani
Hentaman dan pukulan yang takdir menghujani,
Pengecut mampu tersenyum bila tiada yang harus ditakutkan,
Ketika kemajuannya tiada yang menghalang;
Namun lelaki sejati tua yang sanggup bersorakan 
Manakala orang lain yang berlagak sebagai bintang." 

"Bukannya kemenangan itu perkara yang utama,
 Tetapi perjuangan yang seseorang saudara memperjuangi;
Orang yang, bila ia tersepit dan terpaksa,
Masih mampu berdiri tegak dan menahani
Pukulan-pukulan takdir dengan segala bangga;
Berdarah, pucat dan benjol,
Dialah orang yang akan menang di akhirnya,

Kerana dialah orang yang berani gagal."

makna sebuah kegagalan

   Kegagalan bukanlah beerti anda seorang yang gagal,
Ia hanyalah beerti anda masih belum berjaya lagi.

Kegagalan bukanlah beerti anda tidak mencapai apa-apa,
Ia sebenarnya beerti anda sudah mempelajari sesuatu

Kegagalan bukanlah beerti anda seorang  bodoh kerana mencuba,
Ia beerti anda berani, anda berhati teguh, bersemangat waja-berbanggalah dengan diri anda.

Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan berjaya,
Ia hnayalah bermakna anada memerlukan sedikit lagi masa.

Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang,
Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula; mencuba sesuatu yang baru

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah  meninggalkan anda,
Ia hnayalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik untuk anda.

Jadi benarlah , kegagalan itu tidak pernah muktamad.

bagaimana sifat ketabahan boleh dipupuk

  Bercakap tentang ketabahan itu memanglah semuanya baik dan bagus.Tetapi bagaimanakah seseorang itu boleh memupuk sifat ketabahan? Bagaimanakah pula ada orang yang tabah menghadapi segala kemungkinan, manakala yang lain pula mudah benar megaku kalah apabila mengalami sehalus kerumitan.

    Apabila kita jatuh tersungkur dan tiada seorang pun daripada kawan-kawan kita yang boleh ditemui.apabila kita tiada tempat mengadu, siapakah yang boleh membantu kita? Saya tidak mahu berceloteh panjang mengenai aspek kerohanian,tetapi saya ingin menyentuh tentang bahagian diri kita yang boleh membantu kita apabila kita gagal - iaitu MINDA kita.

     Ya, minda kitalah satu-satunya benda yang mampu mengheret kita keluar daripada lembah kekecewaan. Bukan sahabat kita, bukan ibu bapa kita dan bukan juga pasangan kita. Mereka semua hanya boleh memberi galakan tetapi hanya minda kita sahaja yang mampu membantu kita di waktu sedemikian. Melainkan minda kita "melihat" keputusan berjaya di penghujung jalan, kita akan semangat untuk terus bertahan ( bayangan keputusan berjaya di penghujung jalan "mengheret" diri kita, tanpanya kita cenderung mengaku kalah). Kebanyakkan orang apabila gagal putus harapan, bukan sahaja dari segi kebendaan tetapi juga dari segi kejiwaan. Dan disinilah terletak bahayanya.

   Seperti kata sebuah madah lama :

    "Berpeganglah pada impianmu (wawasanmu),Kerana kalau impianmu (wawasanmu) lenyap,Engkau umpama burung cedera yang tidak bersayap."

       Walau apa pun yang berlaku, janganlah membiarkan "wawasan kejayaan" anda terjejas sedikit pun oleh apa yang terjadi di dunia nyata..



buruk di mata anda

"Buruk itu mungkin bukannya buruk, ia mungkin baik,baik itu mungkin bukannya baik,ia mungkin buruk."

   " setiap kesusahan ,setiap kegagalan ,setiap kecacatan , setiap penyakit jasmani ,setiap keadaan dan pengalaman tidak menyenangkan ,membawa bersamanya benih faedah yang bersepadanan ,sering kali dalam bentuk tersorok. "

Pada suatu masa seorang orang tua telah kehilangan kudanya.Jiran -jiran beliau semuanya datang untuk menyenangkan hatinya.Tetapi si orang tua tersebut berkata "Ia mungkin suatu perkara baik." Beberapa bulan kemudian, kuda tersebut telah pulang dengan sendirinya dan membawa bersamanya seekor kuda lain yang pantas sekali.Jiran-jitran orang tua tadi kini datang untuk mengucapkan tahniah kepadanya.Tetapi beliau berkata " Ini mungkin suatu perkara buruk," Suatu hari, anak lelaki orang tua itu telah keluar menunggang kuda yang pantas itu.Kuda itu telah berlari terlalu pantas,dan anak lelakinya telah jatuh terpelanting dan patah kakinya,lalu menjadi tempang dan cacat.

    Jadi apa anda fikir, adakah buruk itu sebenarnya buruk ?

...Beberapa tahun kemudian, negara itu telah berperang dengan negara jirannya. Semua pemuda yang berkemampuan telah didaftarkan untuk menjadi tentera. Ramai daripada pemuda itu mati dalam peperangan tersebut kecuali anak orang tua itu.

    Jadi, apa pendapat kamu,baik atau buruk keadaan yg menimpa orang tua itu?

Sabtu, 17 November 2012

Stemlife,Bank Darah Tali Pusat Pertama


Orang ramai terutama ibu bapa perlu membuang jauh-jauh sangkaan anak mereka tidak akan diserang penyakit bahaya seperti leukemia dan beranggapan mereka akan sihat sepanjang hayat. Jangan berbicara mengenai barah, bagaimana dengan penyakit kronik lain yang sering kelihatan menyerang kanak-kanak seperti celebral palsy atau talasemia?

Ia tidak bermakna kita meminta anak mendapat penyakit tetapi jika itu berlaku, kita sudah bersedia menghadapinya. Jadi, tiada ruginya menyimpan darah tali pusat kerana besar manfaatnya kepada anak itu sendiri atau mungkin juga kepada adik beradiknya.

Kemajuan pesat dalam bidang perubatan sudah menunjukkan kajian potensi bagi merawat penyakit seperti cerebral palsy dan diabetes type I dan sudah membuktikan penyakit seperti leukemia, talasemia serta anemia berpotensi dirawat menggunakan darah tali pusat


Bagi tujuan itu, amat penting ibu bapa mendapatkan penerangan sejelas-jelasnya mengenai prosedur pengambilan dan penyimpanan darah tali pusat yang dijamin tidak menyakitkan, jauh sekali membahayakan ibu dan bayi


Stemlife,syarikat perbankan darah tali pusat pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2001. Ia juga syarikat swasta yang pertama menyediakan sel stem daripada darah tali pusat untuk pemindahan tulang sum-sum bagi tujuan rawatan leukemia pediatrik dan syarikat swasta yang pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan Institusi penyelidikan untuk mengkaji sel stem dewasa dari saluran darah untuk kegunaan dalam rawatan masalah berkaitan darah, sakit jantung, ulser kaki dan kecederaan serta trauma bersukan.

 banyak faedah menyimpan darah tali pusat berbanding mengambil sel stem pada peringkat dewasa kerana selain selamat dan tidak menyakitkan, ia bebas daripada sebarang penyakit seperti Sistem Pernafasan Yang Teruk (SARS) atau influenza manakala risiko penolakan juga rendah.

Orang dewasa yang tidak berkesempatan menyimpan darah tali pusat masih boleh menjalani kaedah pengambilan sel stem tetapi prosesnya panjang dan kosnya lebih tinggi.

Jadi, untuk apa kita membazirkan wang jika kaedah penyimpanan darah tali pusat tersedia pada kos jauh lebih murah, kaedah pengambilan yang langsung tidak menyakitkan dan dijamin selamat.



Jangan mensia-siakan kepesatan teknologi perubatan dengan mengambil ringan kepentingan menyimpan darah tali pusat. Jika tidak kerana anak sendiri, fikirkan apa ia boleh buat kepada orang lain.

Bagi saya itu juga satu bentuk sumbangan kepada masyarakat. Kajian awal ke atas sel stem dewasa menunjukkan ia sudah hampir sampai ke peringkat mampu merawat penyakit hati dan kardiovaskular. Saintis masih berusaha keras menjalankan kajian lanjut sebelum boleh mengumumkan kejayaan mereka.



Namun seperti saya tegaskan tadi, proses dahulu kala pengambilan sel stem dari tulang sum-sum adalah proses menyakitkan dan mahal. Darah tali pusat juga terbukti dapat memberi kesan sama dengan sel stem tulang sum-sum dalam merawat banyak penyakit berkaitan system darah kanak-kanak. Jadi, saya tidak nampak sebab untuk kita memandang remeh perkara ini,


Khamis, 15 November 2012

convo..convo..

tahniah buat putera hati mama  .Iskandar Mustaqeem! dah tamat pon sesi prasekolah utk tahun 2012,tahun depan dah tuka kaler uniform la yer...berseluar biru ..berkemeja putih...miahaha..mesti handsome kan?Ok...now kite cuci mate dl menatap gambar2 pada hari konvokesyen hari tuh...cekidaot!



hehe...pose paling menggelikan hati....


  bersama rakan kelas serta guru2..



cabutan bertuah....



 menyengih sepanjang hari..   ^_^





Selasa, 13 November 2012

Nasihat buat para suami..


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita mempertingkatkan rasa gerun, takut dan waspada kita kepada Allah SWT. Marilah juga kita mempertingkatkan rasa kehambaan dan kecintaan kita kepada Allah SWT. Tuhan Rabbul ‘Alamin.

Penentu kepada kebahagiaan sesebuah rumahtangga  sebahagian besarnya terletak di tangan suami. Suamilah yang menentukan hala tuju dan masa depan rumahtangga. suamilah yang mencorakkan didikan dan pentarbiyyahan yang hendak diterapkan kepada isteri dan anak-anak. Baik atau tidak baiknya pengurusan sesebuah rumahtangga terletak di bahu suami. Jika suami baik dan bertangggungjawab akan baiklah keluarga tersebut. Tetapi jika suami alpa dan lalai dengan tanggungjawabnya, maka akan terabai dan porak-perandalah rumahtangganya.

Statistik keruntuhan rumahtangga di kalangan pasangan Islam di Malaysia saban tahun sangat membimbangkan. Tahun 2007 sebagai contoh menyaksikan jumlah perkahwinan yang dilangsungkan ialah sebanyak 131,086 pasangan, namun jumlah perceraian pada tahun yang sama turut meningkat kepada 20,529 pasangan.   Ini menunjukkan setiap enam perkahwinan berlaku satu perceraian.

Di negeri Selangor pula bagi tahun 2009 jumlah perkahwinan ialah 17,299 pasangan.  Manakala jumlah perceraian ialah 4,560 pasangan.  Terdapat dua faktor utama yang membawa kepada keruntuhan dan kegagalan sesebuah rumahtangga iaitu faktor dalaman dan luaran.

Faktor dalaman ialah:

          Pertama     -        Faktor kelemahan kepimpinan suami

          Kedua        -        Faktor kelemahan peranan isteri dalam mengurus

                                    rumahtangga.

Manakala faktor luaran pula ialah:

          Pertama     -        Faktor ekonomi yang menyebabkan kesempitan hidup.

          Kedua        -        Faktor tekanan kerja

          Ketiga        -        Faktor campurtangan keluarga dan orang ketiga

 Muslimin dan muslimat yang dihormati,

Islam sangat mengambil berat mengenai berbuat baik kepada isteri. Rasulullah s.a.w. dalam wasiat terakhirnya dalam Haji  Perpisahan turut menyentuh kepentingan berbuat baik kepada wanita dan isteri. Imam An-Nawawi sendiri turut meletakkan satu bab dalam kitabnya Riyadhus-Solihin yang mengumpulkan koleksi hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang menyeru kepada berbuat baik kepada kaum wanita.

Isteri atau wanita dijadikan Allah dengan fizikal dan emosi yang lemah. Fizikal dan emosi yang lemah tidak bermakna akal mereka turut lemah. Kemampuan akal fikiran mereka kadangkala jauh lebih baik daripada lelaki tetapi dari sudut emosi dan perasaan, mereka mudah terguris dan terluka. OIeh sebab itu, suami yang baik harus memahami dan menyelami perasaan dan emosi isterinya.

Pengetahuan mengenai sifat dan sikap wanita, kelemahan dan kekurangan mereka perlu diketahui dengan sebaiknya bagi mewujudkan perasaan toleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain.  Perhatikanlah Hadith Rasulullah s.a.w. yang menganjurkan sikap yang perlu ada pada para suami dalam menangani kekurangan dan kelemahan wanita sebagaimana sabdanya :

"Terimalah wasiat ini yang aku wasiatkan kepada kamu iaitu berbuat baiklah kepada wanita kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok pada rusuk ialah pada bahagian atas-Nya. Jika engkau hendak meluruskan bahagian yang bengkok itu maka nescaya engkau akan mematahkannya, tetapi jika engkau membiarkannya, maka ia akan sentiasa bengkok, maka berbuat baiklah kepada wanita".

Tulang rusuk yang bengkok yang dinyatakan dalam Hadith tersebut menggambarkan kekurangan wanita yang harus diterima dengan hati yang redha.  Tetapi ini tidak bermakna kaum lelaki tidak mempunyai kekurangan atau kelemahan.  Apa yang dimaksudkan daripada Hadith ini ialah suami yang baik ialah suami yang boleh menerima kekurangan yang ada pada isterinya. Jika suami boleh menerima kekurangan dan kelemahan isteri dan isteri boleh menerima kekurangan suaminya, maka akan bahagialah rumahtangga tersebut. Jika seorang suami hendakkan kesempurnaan pada isterinya maka sudah pasti dia tidak akan menemuinya, walaupun bilangan isterinya bertambah atau silih berganti. Para suami sama sekali tidak akan dapat menemui isteri yang mampu taat kepadanya dan mendengar kata-katanya seratus peratus tanpa ada perasaan tidak puas hati atau bangkangan. Namun kekurangan tersebut harus dilihat secara positif sebagaimana Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 19 :

"Dan bergaullah  kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu itu ) dengan cara yang baik.  Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".


Contoh yang terdekat yang pernah berlaku mengenai kisah seorang wanita yang melecur muka dan belakang badannya akibat disimbah cuka getah oIeh suaminya yang berang apabila keinginannya untuk melakukan hubungan kelamin ditolak. Sesungguhnya Islam melarang sama sekali deraan dan siksaan kepada isteri sama ada deraan fizikal atau pun emosi. Sebarang ketidak puasan oIeh suami terhadap isterinya tidak harus disalurkan melalui siksaan fizikal atau emosi. Rasulullah s.a.w. pernah menasihatkan suami yang memukul isterinya dengan sabdanya:

"Janganlah salah seorang dari kamu dengan sengaja memukul isterinya seperti memukul hamba kerana pada akhirnya dia akan menidurinya juga".


Hak dan tanggungjawab suami terhadap isteri telah digariskan oIeh Rasulullah s.a.w. dalam banyak hadith-hadithnya. Ketika mana Rasulullah ditanya oIeh Mu'awiyah bin Haydah mengenai hak isteri yang tertanggung ke atas suaminya. Rasulullah s.a.w. menjawab:



"Kamu memberi makan kepadanya jika kamu makan dan mengadakan baginya pakaian jika kamu memakai pakaian dan jangan sekali-kali memukul muka dan jangan menghina dan jangan mengasingkan diri daripada tempat tidur isterinya untuk tujuan pengajaran melainkan di rumah".

(Riwayat Abu Daud)

Hadith ini jelas merupakan panduan terbaik bagi para suami dalam memimpin bahtera perkahwinan mereka. Makanan dan pakaian merupakan tanggungjawab suami yang perlu diberikan kepada isteri. Malah dalam satu riwayat yang lain sepotong makanan yang disuapkan ke mulut isteri turut diberikan ganjaran pahala oIeh Allah SWT.  Hadith ini turut menjelaskan mengenai tegahan Rasulullah s.a.w. daripada memukul isterinya di bahagian muka.  Ini adalah kerana bahagian muka adalah lambang kepada kemuliaan dan kehormatan selain daripada gambaran kecantikan seorang wanita. Larangan memukul bahagian muka tidak terhad kepada kaum wanita sahaja tetapi turut merangkumi semua golongan lelaki dan wanita, kanak-kanak dan orang tua.

Sikap menghina, mencerca dan mengeluarkan perkataan keji di antara suami dan isteri serta kaum keluarga mereka adalah ditegah dan dilarang oIeh Islam.

Muslimin dan muslimat yang berbahagia,

Rasulullah s.a.w. merupakan model terbaik bagi para suami dalam memimpin bahtera rumahtangga.  Malah Rasulullah s.a.w. sendiri menyifatkan Baginda adalah orang yang paling baik terhadap kaum keluarganya sebagaimana Sabdanya yang bermaksud :

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang baik terhadap kaum keluarganya dan aku sebaik-baik orang terhadap keluargaku".

                                                                                                (Riwayat At-Tirmizi)

Malangnya amat mendukacitakan apabila ada segelintir individu tertentu yang baik terhadap rakan-rakan dan sahabat-handainya, tetapi zalim dan buruk akhlaknya terhadap kaum keluarganya sendiri.

Untuk  mengembalikan keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga, setiap pasangan mestilah bermuhasabah diri terhadap tanggungjawab dan kewajipan masing-masing. Setiap orang dari pasangan harus berlapang dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri mereka. Bagi suami segala sifat buruk seperti panas baran, ego , suka mengungkit-ungkit, kaki pukul dan seumpamanya harus dibuang dari diri mereka.  Jika sifat-sifat buruk ini tidak dibuang maka sudah tentu keharmonian rumahtangga tidak akan tercapai.

Harus diingat, kehidupan berumahtangga ibarat kapal kecil di tengah lautan, sentiasa dilambung ombak dalam cuaca yang tidak menentu. Dalam hal ini, suami yang diibaratkan sebagai nakhoda sepatutnyalah yang menentukan selamat atau tidak pelayaran kapal tersebut.

Keluarga yang harmoni akan mendatangkan keamanan kepada masyarakat, manakala masyarakat yang baik, akan mendatangkan kemajuan kepada negara.

"Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya) bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir".

(Ar-Rum: 21)    


Cake Boss Chef ' Buddy Valastro '


Buddy Valastro adalah pembuat roti generasi keempat dilahirkan ke dalam perniagaan yang dimiliki dan dikendalikan oleh ibu bapanya. Beliau dilahirkan di Hoboken, NJ dan dibesarkan dalam keluarga Itali fesyen lama.



Pada usia awal, Buddy menunjukkan bahawa dia adalah semulajadi dalam memaparkan bakat yang menakjubkan untuk membakar dan menghias kek. Selain daripada semangat itu, dia suka menghabiskan masa berkualiti dengan bapanya sebagai perintis.telah dibelanjakan di kedai roti di mana bapa Buddy,mengajarnya semua rahsia dan bagaimana beliau berjaya. Mereka adalah kawan terbaik dan bermimpi  bersama-sama  akan membuat Bakeri Carlo sebagai bakeri generasi keturunan mereka.

Malangnya, pada usia 17, Buddy kehilangan bapanya, yang membawa kepada tanggungjawab yang lebih yang diletakkan di atas bahu Buddy. Dia menunjukkan bagaimana dia boleh bersinar di bawah tekanan dengan terus menghasilkan kerja yang berkualiti. Dengan bantuan keluarganya, Buddy telah membawa Bakeri Carlo ke tahap yang baru. Resipi bapanya dan teknik seni inovatif Buddy menghias dengan gula doh telah menjadikan perniagaan di luar impian bapanya .



 
Hari ini, Buddy adalah seorang 'baker chef' ,mencipta pelbagai roti dan kek dan bintang TLC  itu telah melanda dunia realiti dalam rancangan 'Cake Boss'. Beliau sering diminta untuk menunjukkan, bersaing, dan mengajar kraf di seluruh negara. Dalam negeri 55.000 kaki persegi , Buddy dan kakitangan beliau menyediakan beribu-ribu kek perkahwinan, kek khusus, dan pastri mingguan. Reka bentuk yang dimenanginya telah dipaparkan berkali-kali dalam majalah pengantin yang berbeza . Bakeri Carlo juga telah diketengahkan di dalam buku-buku, surat khabar, seperti, The New York Times, dan televisyen; paling popular iaitu 'Food Chain'. Dia dan kek ciptaannya juga telah dipaparkan di Show, Good Morning America , The View, dan siri HBO popular, The Sopranos.



Dengan menyatukan masa serta kualiti dengan teknik-teknik moden yang inovatif, Bakeri Carlo mendapat undian antara yang terbaik.Citarasa asli lama mereka adalah sukar untuk ditandingi. Ini telah menunjukkan bahawa Buddy  adalah setanding pembuat roti dan kek handalan dan terkenal yang lain. Buddy berharap untuk satu hari nanti, bakal menurunkan ilmu serta teknik dan semangat juga pengetahuan kepada ahli-ahli generasi kelima keluarga Valastro dan meneruskan legasi Bakeri Carlo.


Demam Sawan


Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil . Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik . Ramai di antara ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya .

Punca sawan di kalangan kanak -kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas . Adalah dianggarkan yang sekurang -kurangnya satu peratus dari kanak - kanak mengalami demam sawan . Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak - kanak masuk wad .

Sawan biasanya berlaku pada peringkat umur tiga bulan hingga tiga tahun . Walaupun demam sawan boleh juga berlaku dikalangan mereka itu . Sawan yang berlaku dikalangan bayi - bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca - punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis . Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya . Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak , dan punca - punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium .

Biasanya bayi - bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Tetapi ada juga bayi - bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali - kali sehingga usianya tiga tahun terutamanya jika dia tidak diberi ubat - ubat yang boleh mencegah sawan .

Punca demam sawan

Kebanyakkan demam sawan yang berlaku adalah disebabkan oleh demam virus dan tanda - tanda yang didapati termasuklah selsema , batuk dan kurang minat menyusu . Tetapi ada sahaja penyakit yang boleh menaikkan suhu badan bayi - bayi atau kanak - kanak boleh membawa kepada demam sawan seperti penyakit lebam paru - paru ( pneumonia ) .

Untuk mengelakkan sawan , suhu badan bayi - bayi dan kanak - kanak mestilah diturunkan . Lazimnya seseorang bayi atau kanak - kanak yang demam mungkin tidak berminat untuk meminum air atau susu tetapi dia mestilah digalakkan juga untuk meminum seberapa banyak yang bolh . Baju yang dipakai mestilah nipis . Baju yang tebal akan menaikkan suhu badan . Ubat -ubatan untuk mengurangkan demam seperti panadol bolehlah diberi sementara mendapat penilaian dari doktor -doktor.

Aspirin adalah sangat berkesan untuk menurunkan suhu badan tetapi tidak digemari oleh kebanyakan pakar kanak -kanak kerana ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan ubat ini boleh meninggikan risiko untuk seseorang bayi atau kanak -kanak itu mendapat penyakit yang dipanggil ' Reye' Syndrome ' . Penyakit ini biasanya bermula dengan batuk selsema dan demam walaupun tidak tinggi . Adakalanya penyakit ini bermula dengan muntah dan cirit . Setelah beberapa hari tanda -tanda ini mungkin surut tetapi biasanya dengan tiba -tiba keadaan berubah menjadi lebih tenat dimana kanak -kanak itu mengantuk atau tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami sawan walaupun suhu badannya tidak tinggi . Penyakit ini boleh membawa maut dan bagi mereka yang dapat diselamatkan ada yang mengalami masalah -masalah perkembangan seperti kecacatan fizikal dan kecacatan akal . Saya ingin menegaskan bagaimana pentingnya ibu bapa tidak memberi Aspirin kepada anak -anak kecil .

Adakah demam sawan itu merbahaya ?

Demam sawan selalunya berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi dan biasanya berlaku untuk beberapa minit sahaja , jarang sekali lebih dari 15 minit. Tetapi para doktor berasa khuatir kalau demam sawan berlanjutan sehingga lebih dari 20 minit kerana ini mungkin membawa kesan yang tidak baik kepada perkembangan intelek kanak -kanak itu . Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa sejenis penyakit sawan ( temporal lobe epilepsy ) boleh berlaku kepada sebahagian kecil kanak -kanak yang demam sawan . Dalam keadaan ini kanak -kanak tidak sedarkan diri , menepuk -nepuk pipinya ,bermain -main lidahnya serta menunjukan kelakuan yang agak aneh sepanjang sawan itu berlaku .

 Sawan boleh menjejaskan perkembangan intelek dan juga prestasi persekolahan kanak -kanak itu . Kanak -kanak yang mendapat demam sawan yang lama , iaitu lebih dari 30 minit , ketar -ketar disebelah badan sahaja dan mereka yang mempunyai saudara mara dekat yang menghidap penyakit sawan di anggap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit sawan atau Epilepsy .

 Langkah -langkah yang perlu diambil apabila bayi demam sawan

Jika demam sawan berlaku ibu bapa perlulah bertenang dan yakin bahawa keadaan ini akan berlalu selepas beberapa minit . Mereka dinasihatkan untuk membaringkan bayi disebelah badan supaya tidak mudah cecair dari mulut dan tekak masuk ke dalam paru -paru , lalu membawa kepada penyakit ' pneumonia ' . Tuala yang direndam dengan air suam bolehlah disapukan kemuka serta tubuh badan yang telah ditelanjangkan . Jika demam sawan tidak reda selepas beberapa minit bayi itu hendaklah dibawa keklinik yang berdekatan supaya sawannya diberhentikan dengan  suntikan seperti valium atau paraldehyde yang akan diberi oleh doktor .

Adalah dinasihatkan supaya bayi -bayi dan kanak -kanak yang mendapat demam sawan untuk pertama kalinya dibawa berjumpa doktor kerana jika ada perasaan khuatir yang mereka mungkin menghidap penyakit meningitis doktor akan mengambil air dari bahagian tulang belakang untuk diperiksa . Ini adalah penting untuk mengenalpastikan dengan awal penyakit meningitis , dan untuk membolehkan doktor memulakan rawatan . Penyakit ini adalah serius dan boleh membawa kepada kecacatan fizikal , mental dan kerosakan deria -deria seperti penglihatan dan pendengaran atau juga maut . anggapan -anggapan yang salah seperti bayi itu akan lumpuh setelah air tulang belakangnya di ambil ( lumbar puncture ) terlalu menyebabkan ibu bapa tidak membenarkan doktor- doktor  menjalankan  proseder ini untuk menentukan atau mengenepikan penyakit meningitis . Yang merungsingkan ialah adakalanya kanak -kanak itu menunjukan tanda -tanda awal penyakit meningitis dan perasaan ini boleh membantu pengenalpasti dengan lebih awal penyakit ini . Jika ibu bapa membantah ini akan merumitkan perawatan dan akan membawa akibat yang buruk bagi kanak -kanak yang memang menunjukkan kemungkinan menghidap penyakit meningitis .

Kanak -kanak yang mula mendapat penyakit demam sawan dibawah usia setahun selalu didapati mudah mendapat sawan berulang lagi kalau dibandingkan dengan kanak -kanak yang mendapat sawan pada pertama kalinya bila berusia lebih dari dua tahun . Ada doktor -doktor yang menyarankan supaya ubat seperti phenobarbitone digunakan pada setiap hari untuk mengurangkan kemungkinan kanak -kanak itu mendapat demam sawan sekali lagi . Adalah disarankan supaya phenobarbitone diberi pada setiap malam hingga usia kanak -kanak itu lebih dari tiga tahun kerana selepas usia ini risiko untuknya mendapat demam sawan adalah rendah .

Ubat jenis lain yang boleh digunakan ialah ' Diapezam ' ( Valium ) yang diberi dengan cara ' suppository ' iaitu dijolokkan kedalam bahagian dubur setiap kali kanak -kanak ini mendapat demam yang tinggi dan ini akan mencegah demam sawan berlaku . Kesan -kesan sampingan bagi ibu seperti phenobarbitone jika digunakan adalah sedikit Umpamanya , ia boleh menyebabkan kanak -kanak itu sukar menumpukan perhatian kepada sesuatu perbuatan ( hyperactivity ) atau kanak -kanak itu berasa mengantuk terutamanya jika ubat ini terlalu banyak dimakan .

Apabila ubat diberi untuk jangka masa yang lama ( seperti phenobarbitone )selalu didapati ibu bapa gagal memberi anak mereka ubat setiap hari . Adakalanya berbulan -bulan kanak -kanak itu tidak menerima ubat yang dibekalkan oleh doktor itu . Akibatnya ialah apabila kanak -kanak itu mendapat demam yang tinggi suhunya dia boleh mendapat demam sawan walaupun ubat phenobarbitone dimulakan semula . Ubat phenobarbitone perlu diberi setiap hari untuk sekurang -kurangnya tujuh hari sebelum tahap ubat didalam darah cukup untuk mencegah sawan .

Ada juga doktor -doktor yang menggunakan ubat sodium valproate sebanyak dua hingga tiga kali dalam sehari sehingga anak itu sudah berumur sekurang -kurangnya tiga tahun . Walaupun ubat ini berkesan adakalanya kanak -kanak itu boleh mendapat kesan sampingan yang melibatkan hati atau ' liver ' dan oleh kerana itu ramai pakar kanak -kanak lebih gemar menggunakan phenobarbitone kerana ia dianggap lebih selamat .

 Kesimpulan

Demam sawan jarang membawa maut tetapi boleh menimbulkan rasa cemas .  Ia jarang membawa kesan yang buruk kepada perkembangan kanak -kanak . Kadangkala episop ini merupai penyakit meningitis dan doktor mungkin perlu memeriksa air dalam tulang belakang ( melakukan lumbar puncture ) . Sekumpulan kanak -kanak yang menghidap demam sawan menghadapi risiko yang sangat tinggi sawan itu berulang . Doktor -doktor akan menyarankan supaya ubat yang tertentu dimakan setiap hari untuk mencegahnya ( prophylaxis ) .

Menangani anak-anak melalui psikologi


Dalam menjayakan usaha mendidik anak menjadi seorang insan yang berakhlak mulia, anda perlukan pendekatan psikologi. Caranya sungguh mudah tetapi menuntut komitmen tidak berbelah bahagi daripada diri anda sendiri. Gunakan ayat-ayat tertera setiap kali berkomunikasi dengan anak di kala anda berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh si manja.




1. “Buatlah Pilihan Sekarang.”
Frasa ini boleh digunakan ketika menyuruh anak melakukan sesuatu. Ataupun ketika mahu menghentikan apa yang dilakukannya pada itu. Cara ini dapat mengajarnya supaya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Misalnya, dia dan rakannya begitu bising bermain di dalam rumah. Jadi, anda mahu mereka bermain di luar agar anda boleh menyiapkan kerja-kerja rumah dengan tenang. Namun, anak anda masih berdegil.


“Kakak, kalau tak boleh main diam-diam, pergi main di luar.” Jika dia masih berdegil, anda boleh membuat tindakan susulan dengan berkata, “Mama rasa, kakak memang nak main di luar.” Cara ini bukan sahaja mengajarnya tentang kesan dan akibat tetapi melatih dia agar bijak memilih dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.

2. “Mama Sayang Kakak, Tapi Cara Kakak Tu Tak Betul.”
Ayat ini dimulakan dengan pujian dan diakhiri dengan nasihat. Inilah cara terbaik untuk memujuk anak yang ada kalanya menunjuk perangai. Dalam keadaan tertentu, dia tidak dapat berfikir dengan baik. Selain itu, kata-kata ini juga dapat menyedarkan anak supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik berulang kali. Dia akan faham, jika dia melakukan perkara yang dilarang, bermakna dia akan menjadi orang yang tidak disenangi. Inilah cara terbaik bagaimana anda mendisiplinkan anak dengan cara halus dan lembut.

3. “Boleh Kakak Tolong Mama?”
Jika anak mengganggu ketika anda memasak di dapur, apa kata ucapkan ayat di atas. Ajak mereka membantu anda membuat kerja yang mudah dan ringkas. Biar dia membantu mengemas meja makan dan menyediakan pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya. Ini akan membuatkan dia rasa dipercayai dan bersedia menerima sebarang tanggung jawab.

4. “Apa Sebenarnya Yang Kakak Nak Cakap?”
Bila anak marah, macam-macam perkataan yang terhambur dari mulutnya. “Mama ni teruklah!” atau “ Kakak benci mama!”. Kata-kata ini terkeluar kerana ketika itu dia tidak dapat berfikir dengan baik. Jadi, jangan anggap anak maksudkan apa yang dikatanya.

Cari punca mengapa dia berkata sedemikian. Caranya mudah saja. Misalnya, anak marah bila anda menyuruhnya tidur. Tanya dengan lembut. “Apa yang membuatkan kakak marah sangat pada mama? Sebab kakak tak boleh tengok TV?” Kemudian, jelaskan mengapa anda menyuruh dia tidur. “Mama bukan tak bagi kakak tengok TV. Hari dah lewat, esok kakak nak pergi sekolah. Kalau tidur lewat nanti di sekolah, kakak mengantuk pula.” Penjelasan perlu diberikan agar dia tahu bahawa tindakan yang anda sememangnya wajar demi kebaikannya.

5. “Kakak Kena Faham. Tidak Semua Orang Sama.”
Bila anak mula merajuk dan mengatakan anda tidak berlaku adil kepadanya, ayat ini sangat bagus untuk digunakan sebagai alasan. Anda perlu bantu anak supaya faham bahawa manusia ini dijadikan berbeza-beza. Maka, layanan pun berbeza mengikut keadaan dan tempat.

Misalnya, anak anda bengang bila anda membelikan adiknya sepasang kasut bola. Sudah semestinya anak perempuan tidak memerlukan kasut bola kerana dia tidak bermain bola sepak seperti kanak-kanak lelaki. Meskipun begitu, anda perlu berwaspada dalam soal melayan anak-anak. Jangan sampai timbul sebarang perbezaan yang menjurus kepada melukakan perasaan.

Threatened Misscarriage


Kehamilan adalah masa yang sangat indah untuk anda dan suami. Merancang untuk bayi dan melihat tumbesarannya adalah cukup memberikan kegembiraan dan pengalaman yang amat bermakna bagi anda. Tetapi, ia juga masa yang membimbangkan bagi wanita yang risau kemungkinan mereka akan mengalami keguguran. Sekiranya anda mengalami pendarahan pada peringkat awal hamil, anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Kehamilan yang hampir gugur atau ‘threatened miscarriage’. Ia satu keadaan yang meletakan kandungan anda berisiko untuk gugur.

Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?

Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.

Gejala dan simptom

Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:

Merah pekat
Merah cair
Coklat
Kadang-kadang sangat sedikit
Kadang-kadang berketul darah
Sakit belakang
Sakit pada ari-ari
Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur

Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:

Jangkitan kuman pada faraj
Polip pada pangkal rahim
Hamil di luar rahim
Cancer pangkal rahim
Bagaimana diagnosa dibuat?

Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.

Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Rawatan

Tiada rawatan atau ubatan yang mujarat untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:

Tunggu dan lihat: Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa ini.
Kurangkan aktiviti yang lasak: Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.
Ubat Progesterone: Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.
Tenangkan fikiran: Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.
Risiko Keguguran

Keguguran.


Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.
Sebab keguguran

Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.
Risiko keguguran

Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu:Pemakanan yang tidak sihatMerokokHorman yang tidak seimbangJangkitan kumanMasalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.Terdedah pada radiasi dengan banyakMengambil ubatan yang memudaratkan bayiDemam yang tersangat panasRahim yang tidak normal
Bila perlu berjumpa doktor?

Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :
Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
Pendarahan yang berketul-ketulSakit perut berpanjangan
Keluar lendir yang berbau dari faraj
Demam melebihi 38 darjah C
Selepas keguguran
Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
Jangan gunakan tampon
Jangan douche vagina anda
Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran
Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.
Dilatation and Curettage (D&C)

Prosedur ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu dari hasilan kehamilan tertinggal di dalam rahim. Sekira ia tidak dikeluarkan, pendarahan atau jangkitan kuman mungkin akan berlaku. Aktiviti harian boleh diteruskan semula sekiranya anda merasa sihat. Tanya doktor anda untuk sebarang aktiviti yang lebih lasak.
Hamil selepas gugur

Dicadangkan agar anda menunggu sekurang-kurang 2 bulan sebelum anda merancang untuk hamil semula. Ini akan memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.