Sesekali memang bertuah andai punya sayap,mampu terbang kemana saja yang kita mahu,tetapi sedang hati riang ,terbang meneroka suasana,kau sering meragut keceriaan itu.Berkata dengan sungguh angkuh,membuat airmata berjurai mengenang kedudukan diri.Hina terasa bila berada disamping kau wahai sang arjuna.
Tahukah kau, entah berapa kali hati ini kukuatkan agar terasa layak bersamamu,pelbagai kata-kata yang tajam darimu,ku tepis lalu ku buang jauh dari benak fikirku.
Ku sangkakan diri ini diterima seadanya,disayangi sejujurnya,malah malu benar tika ini.Kerana dari sebuah kata-kata,maka terserlah lah kedudukan ku disisimu.Memang tiada satu pun dariku yang membanggakan mu,malah jauh sekali menyenangkan mu,.benar...aku hanya menumpang dan hanya menjadi berat di bahumu.
Tetapi andai diberi pilihan,takkan aku sesekali membiarkan kau derita,beban yang berat akan kujauhi.Andai mampu kumiliki segala yang kau cari,takkan sekali aku akan menyusahkan mu wahai arjunaku.
Kumaafkan segala katamu,kurelakan semua kerana sudah nyata ini kedudukan ku..masih kupunya kesedaran hati..sudah terlalu banyak kau menanggung seorang diri.andai mampu kubalas semua lelah bahumu..akan ku tebus,agar kau gembira melalui hari impianmu.maafkan jua kerana tidak menjadi idaman indahmu,maafkan aku jua kerana menjadi penghalang impianmu..
"Happiness cannot be traveled to, owned, earned, or worn. It is the spiritual experience of living every minute with love, grace & gratitude.” - Denis Waitley
Selasa, 4 Mac 2014
Mendongak ke langit
Langgan:
Catatan (Atom)